Monday, November 22, 2010

Zikir-Surah Fil Quran

video

Mari kita menghafaz nama-nama surah dalam al-Quran.

Thursday, July 22, 2010

Kerja sebagai ibadah

Suasana di alam pekerjaan begitu berbeza dengan suasana semasa belajar di Universiti. Namun, walau di mana kita bekerja atau berada, pastikan kita sentiasa utamakan cinta kepada Allah dan Rasul kerana itulah cinta abadi. Jagalah batas pergaulan, pandangan mata dan elakkan diri daripada melakukan segala perbuatan yang membuatkan pekerjaan kita tidak dianggap sebagai ibadah.

Wednesday, April 21, 2010

ToyoL!!!

Syukurla kpd Allah, selesai sudah peperiksaan pagi tadi..untuk renungan bersama bagi semua saudaraku..


Peperiksaan merupakan satu peristiwa yang penting bagi kehidupan seseorang pelajar. Jika di zaman persekolahan hanya ada beberapa periksaan penting, di universiti boleh dikatakan tiap-tiap semester ada peperiksaan penting. Masyarakat Umum berpendapat hanya keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan menjamin kejayaan masa depan yang gemilang.

Oleh sebab itu ramai yang sanggup melakukan apa saja agar lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan. Ada yang mengambil pendekatan positif dengan belajar awal agar persediaan rapi dapat dilakukan. Tahniah untuk anda.

Tetapi ada yang bersikap sambil lewa terhadap peristiwa penting ini. Walaupun begitu mereka ini tetap menginginkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Sehinggakan golongan ini sanggup melakukan sesuatu yang menyalahi undang peperiksaan. Mereka sanggup menipu dan meniru dalam peperiksaan demi mendapat keputusan yang cemerlang. Berbagai cara dilakukan agar ‘toyol’ mereka tidak dapat dikesan. Lihat pada gambar dibawah. Pelbagai teknik digunakan untuk meniru. (Lihat pada anak panah dan bulatan merah)

Berbaloikah kecemerlangan begini?

Seseorang yang menipu atau meniru dalam peperiksaan akan merasai berbaloi atau tidak tindakan yang dilakukanya itu apabila menempuhi dunia pekerjaan. Dunia sebenar kehidupan.

Waktu itu mereka akan lihat betapa kesungguhan adalah lebih penting dari cemerlang. Tetapi adalah lebih baik kecemerlangan yang diperolehi dari kesungguhan.

Mereka melihat sahabat yang hanya dapat keputusan cukup makan untuk graduate, lebih dahulu mendapat kerja yang menjamin masa depan tetapi mereka masih lagi belum mendapat pekerjaan dikala usia makin meningkat.

Memang keputusan yang cemerlang memberi peluang yang lebih untuk seseorang itu dipanggil temuduga dan seterusnya diterima bekerja tetapi keputusan yang cemerlang tidak menjamin seseorang itu akan berjaya melepasi tempoh percubaan syarikat.

Tetapi yang lebih menjamin adalah kesungguhan seseorang itu.

Jika anda ingin berjaya dengan cemerlang dalam hidup, mulakan dari sekarang. Ingat kecemerlang yang diberkati adalah kecemrlangan yang hadir dari usaha yang sejati dan keberkatan daripada Allah. Dan ingat rezeki itu kurniaan Illahi. REZEKI tidak terletak pada CPA.

Wassalam

Friday, February 26, 2010

Masa Mudaku..

Adakah masa mudaku akan kuhabiskan semata-mata untuk bersukan..
Adakah masa mudaku akan kuhabiskan dengan keluar berdua-dua bersama yg bukan mahram..
Adakah masa mudaku akan kuhabiskan dengan berbual-bual kosong..
Adakah masa mudaku akan berakhir tanpa aku menghafaz ayat-ayat al-Quran..
Adakah masa mudaku akan berakhir tanpa aku menghafaz hadith-hadith Nabi..
Adakah masa mudaku akan berakhir tanpa aku membimbing ahli keluargaku ke jalan Islam..
Adakah masa mudaku akan berakhir tanpa aku berdakwah..
Adakah masa mudaku akan berakhir tanpa aku tahu penderitaan saudara seislamku di luar..
Adakah masa mudaku akan berakhir tanpa aku memberi sedekah kepada yang memerlukan..
Adakah masa mudaku akan berakhir dengan melihat filem-filem lucah..
Adakah masa mudaku akan berakhir tanpa aku mengetahui para Sahabat Nabi..
Adakah masa mudaku akan berakhir tanpa aku mengetahu terperinci tentang Rasulullah..
Adakah masa mudaku akan berakhir tanpa aku mengetahui dosa-dosa kecil dan besar..
Adakah masa mudaku akan berakhir dengan menyanyi lagu2 mat saleh..
Adakah masa mudaku akan berakhir tanpa aku menghadiri ceramah di masjid..
Adakah masa mudaku akan berakhir tanpa aku menegetahui hukum-hakam Islam..
Adakah masa mudaku akan berakhir tanpa aku sempurna menutup aurat...
Adakah masa mudaku akan berakhir dengan menipu ketika menuntut ilmu(meniru)..
Adakah masa mudaku akan berakhir dengan aku sibuk membeli dan memakai pakaian yang mahal2..
Adakah masa mudaku akan berakhir dengan aku sentiasa sial menyial..
Adakah masa mudaku akan berakhir tanpa aku membawa persiapan ke alam barzakh..
Adakah masa mudaku akan berakhir tanpa aku membawa bekalan ke alam akhirat..
Adakah masa mudaku akan berakhir dengan kematian yang tidak diketahui masanya..

Jika ini semuanya berlaku, semuanya akan kembali kepada masa muda anak kita pula apabila kita berumah tangga..selagi ajal tidak datang, pintu taubat masih lagi terbuka..
Ingatlah, di akhirat, Allah tidak tanya masa tua kita..tapi, ALlah akan tanya MASA MUDA KITA..

Monday, February 8, 2010

Siksaan Kubur...

Di photo ini adalah seorang pemuda berusia 18 tahun yang meninggal di salah satu rumah sakit di oman. Mayat pemuda tersebut digali kembali dari kuburnya setelah 3 jam dikebumikan yang di saksikan oleh ayahnya . Pemuda tersebut meninggal dirumah sakit dan setelah di mandikan dikebumikan secara islam di hari itu juga . Tetapi setelah majlis pengkebumian, ayahnya merasa ragu atas keterangan doktor dan menginginkan untuk dikenal pasti kebenaran penyebab kematianya.
Seluruh kerabat dan teman - temannya begitu terkejut saat mereka melihat kondisi mayat. Mayat tersebut begitu berbeza dalam masa 3 jam. Dia berubah tampak ke abu - abuan seperti orang yang sudah tua . Dengan nampak jelas bekas siksaan dan pukulan yang amat keras dan dengan tulang - tulang kaki dan tangan yang hancur .

Darah yang begitu jelas menandakan bahawa pemuda tersebut sedang mendapatkan siksaan yang amat berat.


Seluruh badan dan mukanya pucat. Matanya yang terbuka memerlihatkan ketakutan, kesakitan dan keputusasaan.

Semoga dengan petunjuk yang diberikan kepada kita dapat memberikan kita hidayah untuk kembali ke dalam Islam secara keseluruhan...