Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Thursday, September 24, 2009

Puasa 6 Syawal..

Apakah hukum puasa 6 hari dalam bulan Syawal ?

Hukumnya Sunat. Nabi saw memberi galakan menyusuli puasa Ramadhan
dengan puasa 6 hari dalam bulan Syawal. Abu Ayyub al-Ansori meriwayatkan:

Maksudnya: “Siapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikuti dengan (puasa) 6 hari dalam bulan Syawal, maka seoleh-olah dia berpuasa setahun penuh.”

(HR Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah)

Apakah disyaratkan puasa enam itu berturutan?
Persoalannya, apakah dituntut puasa 6 itu disambung terus dengan Ramadhan, dalam ertikata dimulakannya pada hari kedua hari raya, seperti yang dinytakan dalam lafaz (menyusuli Ramadhan), atau apakah memadai dilakukannya pada bila-bila dalam bulan Syawal, kerana hari-hari dalam bulan Syawal itu semuanya menyusuli/menuruti Ramadhan. Permasaalan ini para ulama berbeza pendapat, akan tetapi al-Qaradhawi lebih cenderung kepada pandangan yang kedua iaitu puasa 6 itu tidak semestinya dilaksanakan berturut-turut harinya. Jika ia dipisah-pisahkan tidak mengapa, insyaallah.

Apakah boleh kita puasa qadha' dan puasa sunat syawal serantak?

“Tiada dalil gabungkan puasa sunat Syawal dan Qadha dalam satu niat”
Difahamkan supaya niat qadha puasa dibulan Syawal adalah seperti berikut
"Sahaja aku puasa qadha di bulan Syawal kerana Allah Taala" dan tidak boleh digabungkan dengan niat puasa 6 kerana menqadhakan puasa itu wajib dan puasa 6 itu sunat. Patut didahului yang wajib sebelum melakukan yg sunat. Sekiranya kita tidak sempat mengganti puasa Ramadhan, kita berhutang dengan Allah S.W.T


Monday, September 7, 2009

kafarah puasa

Jika suami & isteri bersama (jimak) disiang hari pada bulan ramadhan, berapa hari kah mereka wajib mengganti puasa

Kifarat puasa terdiri dari 3 bentuk sebagaimana di dalam hadith Bukhari

a. memerdekakan hamba
b. Jika tidak mampu, puasa 2 bulan berturut-turut
c. Jika tidak mampu, beri makan kepada 60 orang miskin

Menurut Imam Ahmad, perkara diatas ini berbentuk pilihan. Pilih salah satu darinya sudah mencukupi.

Persoalannya sekarang, adakah kedua-dua suami isteri (didalam pilihan berpuasa 2 bulan) dikenakan kifarat? Menurut jumhur, kedua-dua suami istei di wajibkan berpuasa 2 bulan berturut-turut jika kedua-dua redha. Jika isterinya tidak redha, dan di paksa oleh suami, maka hanya si-suami saya yang wajib berpuasa. Isteri hanya membayar 1 hari qadha’.

Walaubagaimanapun, Imam Nawawi rh. berpendapat bahawa pendapat yang dipilih adalah hanya suami/lelaki sahaja yang berpuasa 2 bulan berturut-turut, dan perempuan tidak dibebankan keatasnya. Beliau mengaitkan perkara ini dengan hak nafkah, iaitu khusus bagi lelaki sebagaimana mahar juga. Pendapat ini juga disokong oleh Imam Ahmad. [

al-Mughni, 3/112].

Kesimpulannya, menurut Imam Syafie, hanya si-suami yang wajib berpuasa 2 bulan berturut-turut, dan si-isteri hanya wajib mengqadha’ satu hari sahaja. Jika tidak mampu melakukan puasa, berilah makan kepada 60 orang miskin. WA.

Rujukan : al-Qaradhawi. Fiqh al-Shiyam. Darul Wafa’, 1998.

Monday, August 31, 2009

Saturday, August 29, 2009

Bolehkah Solat Witir Sekali Lagi?

Saya ingin mengerjakan solat witir berjemaah di masjid. Namun, saya berniat ingin bangun waktu malam. Bolehkah saya mengerjakan solat witir sekali lagi, sedangkan tidak ada dua witir pada satu malam, seperti hadith Rasulullah S.A.W?

Solat witir boleh dilaksanakan dari 1 sehingga 11 rakaat. Ia dilaksanakan selepas solat terawih di kebanyakan masjid untuk menutup tirai solat di waktu malam di dalam bulan Ramadan.

Oleh yang demikian, sekiranya seseorang itu
telah menunaikan solat witir sebanyak 3 rakaat selepas terawih dan kemudian bangun di waktu malam menunaikan solat tahajjud, ia boleh menunaikan solat witir sebagai penambahan bagi 3 rakaat yang dilaksanakan selepas terawih.

Caranya adalah dengan hanya bersolat 2, 4, 6, atau 8 rakaat dengan niat “Sahaja aku dirikan 2 rakaat dari solat sunat witir kerana Allah ta’ala.” Dengan demikian, ia tidak dikira mendirikan 2 witir pada satu malam kerana Baginda Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Tidak ada dua witir pada satu malam.”

Sunday, August 23, 2009

Soal Jawab Bab Puasa...

Adakah mimpi sehingga keluar air mani membatalkan puasa?
Hadas besar yang disebabkan mimpi tidak membatalkan puasa, sama ada ianya berlaku sebelum atau selepas waktu sahur. Orang yang berhadas tersebut boleh meneruskan puasanya. Yang perlu hanyalah mandi junub.

Saya telah bermimpi sehingga mengeluarkan mani pada siang hari bulan Ramadan, kemudian saya mandi junub. Adakah mandi junub tersebut membatalkan puasa saya?
Bermimpi sehingga mengeluarkan mani dan mandi junub tidak membatalkan puasa. Malahan, sekiranya termasuk air ke dalam telinga atau tertelan air ketika berkumur-kumur (sewaktu mengambil wuduk atau mandi) puasa tidak terbatal kerana ia dikira tidak sengaja.

Sabda
Rasulullah S.A.W yang
bermaksud: “Sesungguhnya Allah mengampuni umatku yang tersilap, terlupa atau dipaksa melakukan sesuatu.” (Riwayat At-Tabarani)

Ada yang mengatakan berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung menjejaskan puasa seseorang. Sejauh manakah kebenaran pendapat ini?
Berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung ketika berwuduk adalah sunat. Bagi orang yang berpuasa pula, maka tidak boleh berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung dengan berlebihan.

Sekiranya seseorang
berwuduk dengan tidak berlebihan dan air itu termasuk ke dalam kerongkong, maka puasanya tetap sah. Samalah keadaannya jika dimasuki debu jalanan, debu tepung atau lalat yang terbang masuk ke dalam kerongkong. Semua ini dimaafkan kerana tidak sengaja. Namun, jika seseorang berkumur-kumur dengan berlebihan, ia boleh menyebabkan air masuk ke dalam kerongkong dan jika ini berlaku, maka puasanya batal.

Adakah seseorang yang sedang berpuasa itu boleh melakukan sukan renang?
Berenang boleh menyebabkan masuknya air ke dalam hidung dan/atau telinga perenang. Jika air memasuki badan cara sedemikian,
adalah
batal puasa
seseorang.

Dengan ini, sebagai langkah berjaga-jaga, mereka yang berpuasa
dinasihatkan agar tidak berenang di siang hari Ramadan untuk mengelakkan dari terbatalnya puasa.

Apakah hukum menggunakan inhaler
(bagi pesakit semput)
ketika berpuasa?
Antara perkara yang membatalkan puasa ialah kemasukan sesuatu ke dalam badan melalui rongga yang terbuka. Namun, kemasukan seuatu bahan seperti ubat inhaler di atas dasar darurat, yang berkaitan dengan kesukaran bernafas, dibolehkan syara’. Oleh yang demikian, penggunaan inhaler yang berpatutan tidak membatalkan puasa.

Adakah suntikan “insulin” membatalkan puasa?
Suntikan insulin bagi pesakit kencing manis tidak membatalkan puasa. Ini adalah kerana suntikan tersebut bukanlah melalui rongga yang terbuka dan tidak pula memberi sebarang kekenyangan atau kepuasan kepada si pesakit.

Saya pernah terdengar bahawa jikalau seseorang itu
berpuasa, dia dilarang ‘membersihkan’ telinga atau hidungnya. Samada menggunakan cotton buds ataupun jari. Kerana perbuatan itu akan membatalkan puasanya. Adakah benar?
Di antara sebab batal puasa adalah memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan yang terbuka dengan sengaja. Membersihkan telinga atau hidung tidak semestinya membatalkan puasa. Ia dibolehkan dengan kadar yang sederhana dan berhati-hati. Contohnya, membersihkan telinga di kawasan yang tidak terlalu dalam. Namun, jika anda merasa ragu-ragu sekiranya perbuatan anda boleh membatalkan puasa, makajangan lakukan dan bersihkanlah telinga dan hidung di waktu malam.

Adakah boleh saya menderma darah sewaktu berpuasa?
Menderma darah di dalam kuantiti yang sederhana dibolehkan dan tidak membatalkan puasa. Namun, pendermaan yang terlalu banyak sehingga menyebabkan kelemahan pada tubuh badan, sehingga tidak dapat menjalani ibadat puasa dengan baik, tidak digalakkan sama sekali.

Thursday, August 20, 2009

Perkara yang Membatalkan Puasa

Perkara-perkara yang membatalkan puasa adalah seperti berikut:

- Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga badan yang terbuka dengan sengaja, kecuali kerana darurat yang berkaitan dengan kesakitan.
- Makan, minum dan merokok membatalkan puasa.
- Adapun suntikan ubatan tidak membatalkan puasa.

- Muntah dengan sengaja
- Mengeluarkan air mani
- Melakukan jimak (hubungan seks) pada siang hari
- Kedatangan haidh, nifas atau kelahiran bagi wanita
- Menjadi gila
- Pitam sepanjang hari
- Mabuk (yang menghilangkan daya pemikiran waras) sepanjang hari
- Murtad, iaitu keluar dari agama Islam