Saturday, January 30, 2010

ibu bapa

Buatmu Ibu

Ibu bergenang airmataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balasi
Akan semua ini
Semoga Tuhan membekati kehidupanmu ibu?

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang kau berikan

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letaknya syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah, Tuhan
Ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana

Album : Kalimah Cinta
Munsyid : Aeman
http://liriknasyid.com

Sunday, January 10, 2010

SoLaT..

kenapa masih tak tutup aurat, lihatlah solat kita..
kenapa masih sial menyial, lihatlah solat kita..
kenapa masih memgumpat, lihatlah solat kita..
kenapa masih membuat maksiat, lihatlah solat kita..
kenapa masih susah menderma, lihatla solat kita..
kenapa masih sibuk dengan dunia, lihatlah solat kita..
kenapa masih suka berhibur berlebihan, lihatlah solat kita..
dengan kata lain, segala kesalahan yang kita lakukan berpunca daripada solat yang tidak sempurna..

Buktinya Allah telah berfirman yang bermaksud, SESUNGGUHNYA SOLAT DAPAT MENGHINDARKAN DIRI DARIPADA PERBUATAN KEJI DAN MUNGKAR..

ada yang solat, 2 minit siap..sujud dan rukuk macam kilat lajunya..
ada yang solat, fikiran sibuk memikirkan dunia..
ada pula yang melambat-lambatkan solat kerana sibuk dengan dunia..
ada pula yang meringan-ringankan solat..nak buat, buatlah..nak tinggal,tinggallah..
ada yang berjaga malam kerana dunia, lalu subuh ditinggalkan..
Maka, CELAKALAH orang yang solat sedemikain..

Ingatlah, Allah berhak menarik nikmat yang diberikan bila-bila masa sahaja..Tinggalkanlah dunia apabila seruan azan memanggil..