Wednesday, April 21, 2010

ToyoL!!!

Syukurla kpd Allah, selesai sudah peperiksaan pagi tadi..untuk renungan bersama bagi semua saudaraku..


Peperiksaan merupakan satu peristiwa yang penting bagi kehidupan seseorang pelajar. Jika di zaman persekolahan hanya ada beberapa periksaan penting, di universiti boleh dikatakan tiap-tiap semester ada peperiksaan penting. Masyarakat Umum berpendapat hanya keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan menjamin kejayaan masa depan yang gemilang.

Oleh sebab itu ramai yang sanggup melakukan apa saja agar lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan. Ada yang mengambil pendekatan positif dengan belajar awal agar persediaan rapi dapat dilakukan. Tahniah untuk anda.

Tetapi ada yang bersikap sambil lewa terhadap peristiwa penting ini. Walaupun begitu mereka ini tetap menginginkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Sehinggakan golongan ini sanggup melakukan sesuatu yang menyalahi undang peperiksaan. Mereka sanggup menipu dan meniru dalam peperiksaan demi mendapat keputusan yang cemerlang. Berbagai cara dilakukan agar ‘toyol’ mereka tidak dapat dikesan. Lihat pada gambar dibawah. Pelbagai teknik digunakan untuk meniru. (Lihat pada anak panah dan bulatan merah)

Berbaloikah kecemerlangan begini?

Seseorang yang menipu atau meniru dalam peperiksaan akan merasai berbaloi atau tidak tindakan yang dilakukanya itu apabila menempuhi dunia pekerjaan. Dunia sebenar kehidupan.

Waktu itu mereka akan lihat betapa kesungguhan adalah lebih penting dari cemerlang. Tetapi adalah lebih baik kecemerlangan yang diperolehi dari kesungguhan.

Mereka melihat sahabat yang hanya dapat keputusan cukup makan untuk graduate, lebih dahulu mendapat kerja yang menjamin masa depan tetapi mereka masih lagi belum mendapat pekerjaan dikala usia makin meningkat.

Memang keputusan yang cemerlang memberi peluang yang lebih untuk seseorang itu dipanggil temuduga dan seterusnya diterima bekerja tetapi keputusan yang cemerlang tidak menjamin seseorang itu akan berjaya melepasi tempoh percubaan syarikat.

Tetapi yang lebih menjamin adalah kesungguhan seseorang itu.

Jika anda ingin berjaya dengan cemerlang dalam hidup, mulakan dari sekarang. Ingat kecemerlang yang diberkati adalah kecemrlangan yang hadir dari usaha yang sejati dan keberkatan daripada Allah. Dan ingat rezeki itu kurniaan Illahi. REZEKI tidak terletak pada CPA.

Wassalam