Thursday, July 14, 2011

Perkongsian...

Setiap sakit yang datang kepada diri kita merupakan dosa-dosa yang kita lakukan. Tak perlulah kita risau. Allah yang menyembuhkan segala penyakit dan kita hanya perlu berusaha dengan cara yang dibenarkan dalam Islam.


Penyelidikan ke atas seseorang yang lebih mementingkan/fokus kepada diri sendiri, adalah berisiko 3x ganda untuk mengidap penyakit jantung. Seseorang yang sibuk memikirkan diri orang lain daripada diri sendiri, adalah tidak mudah untuk mendapat penyakit. Contohnya, seseorang yang menjaga orang sakit sehinggakan dia sibuk memikirkan diri orang yang dijaganya. Kajian mendapati, dia sihat walafiat kerana tidak terlalu fokus atau memikirkan diri sendiri.


Tidur itu, mati sementara tetapi mati itu, tidur selama-lamanya. Mati itu untuk kita rehat. Di dunia ini, tanggungjawab melebihi masa dan tiada masa untuk kita rehat. Tidak perlu kita mendapat penghargaan manusia selain mencari Redha Allah.


Seperkara lagi, zaman sekarang, ibu bapa sibuk merancang kemana hala tuju anak mereka. Setiap aspek duniawi dibelanjakan kepada anak mereka supaya mereka mendapat yang terbaik. Sedihnya, tiada sedikit pun perbelanjaan untuk si anak berkaitan iman/rohani. Sepatutnya, anak-anak perlu dididik mencari Islam pada peringkat awal umurnya agar mudah kita bentuknya ke jalan yang diredhai Allah.


Akhir kata, carilah redha Allah bukannya redha manusia...

Tuesday, July 5, 2011

9/10

9 PeR 10 ReZeKi aDa DaLaM PeRNiaGaaN
Ramai yang mengeluh, tak cukup duit
Ramai yang mengeluh, banyak hutang
Ramai yang mengeluh, duit cukup makan
Ramai yang mengeluh, bila gaji nak naik
Ramai yang mengeluh, sibuk dengan kerja
Ramai yang mengeluh, bila anak/isteri/keluarga minta duit belanja

Ramai yang mengeluh.....
TETAPI
Berapa ramaikah yang mensyukuri nikmat Allah..
Sering meminta tetapi, sedikit atau tiada langsung memberi/bersedekah

Nikmat/Rezeki Allah sangat luas
Rezeki Allah ada juga dalam perniagaan
Ikutilah Sunnah Rasulullah s.a.w

Jom BiSNeZ!!!