Thursday, March 26, 2009

Akal..

Orang yang berakal, tidak berdukacita kerana miskin, bahkan yang menjadikannya berdukacita ialah sekiranya ia berkurangan akal dan tidak mengerjakan amal soleh. (Ulama)

Sifat pemarah adalah musuh utama akal. (Saidina Ali Abi Talib)

Walaubagaimanapun alim seseorang itu, dia tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal. (Lukmanul Hakim)

Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil. (Saidina Ali Abi Talib)

Lebih sedikit orang menggunakan akalnya, lebih banyak pula ia berkata-kata. (Saidina Ali Abi Talib)

Dada orang berakal itu ialah peti rahsianya. (Saidina Ali Abi Talib)

Akal yang sihat daripada badan yang sihat. (Lidah pendeta )

Akal membentuk budi, membentuk kebudayaan dan menjerumuskan manusia kepada kehancuran. (Hamka )

Akal ialah anugerah Tuhan kepada makhluk yang dipilih-NYA, iaitu manusia. Akal tidak diberikan semata-mata. Ia perlu dituntun. (Hamka)

Salah satu tugas agama ialah memelihara akal. Memelihara akal ialah dengan jalan menambah ilmu melatih diri berfikir, merenungkannya. (Hamka)

Hawa nafsu membawa kesesatan dan tidak berpedoman dan akal menjadi pedoman menuju keutamaan. Hawa nafsu menyuruh mengelamun, berangan-angan, tetapi akal menyuruh menimbang. (Hamka)

No comments:

Post a Comment