Saturday, April 25, 2009

7 golongan...

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat yaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain naungan Allah, di antaranya ialah:
1. Pemerintah yang adil,
2. Pemuda yang hidupnya sentiasa mengerjakan ibadah kepada Allah,
3. Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid,
4. Dua orang yang berkasih sayang karena Allah yang kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keridhaan Allah,
5. Orang yang dibujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!”,
6. Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya,
7. Orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.”(Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)

Hadis ini menerangkan tujuh golongan yang bakal mendapat naungan di hari akhirat kelak yaitu:
1. Pemerintah yang adil karena tanggungjawab yang dipikul oleh pemerintah dalam melaksanakan keadilan adalah perkara yang berat. Bukan mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua rakyat.

2. Pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Allah.Sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika di alam remaja. Ketika muda juga berbagai ujian dan godaan ditempuhi. Beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan itu jika usia muda dengan amal ibadah serta memberikan khidmat kepada agama, masyarakat dan negara.

3. Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid. Menurut hadis, dua ayunan kaki yang melangkah ke masjid ganjarannya amat besar di sisi Allah SWT dan dikira sedekah.

4. Dua orang yang berkasih sayang karena Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keridhaan Allah. Hubungan terjalin di atas dasar syariat sehingga melanggar batas agama dan adab kesopanan adalah hubungan yang menjurus ke arah maksiat. Ikatan kasih sayang dijalinkan sesama manusia mestilah ikhlas supaya perhubungan itumendapat pahala, restu dan keberkatan daripada-Nya.

5. Orang yang dibujuk oleh perempuan kaya lagi rupawan untuk berzina dengannya lalu dia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!”Ini menunjukkan keimanan dan ketaqwaan yang sebenarnya dalam menangkis segala godaan. Ini bukan mudah karena tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh dengan bisikan nafsu dan akhirnya terjebak dalam perbuatan zina tanpa takut akan dosanya.

6. Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, menggambarkan keikhlasan hati.

7. Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya karena mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.

Saturday, April 18, 2009

Selamat Berjihad!!!

Cukuplah Allah Sebagai Tempat Berlindung...
Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester..

Tuesday, April 14, 2009

Damba Cinta Mu

Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu

Ku sering melanggar laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu

Bilakah diri ini kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi ku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba cintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu

Ku sering berjanji depanMu
Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula

Kau Pengasih Kau Penyayang Kau Pengampun
Kepada hamba-hambaMu
Selangkah ku kepadaMu
Seribu langkah Kau pada ku

Tuhan diri ini tidak layak ke syurga Mu
Tapi tidak pula aku sanggup ke neraka Mu

Ku takut kepadaMu
Ku harap jua padaMu
Moga ku kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat

Sunday, April 12, 2009

BLaMe!!!

Kita perhatikan 2 keadaan iaitu semasa
di dunia
dan semasa di hari akhirat...
Di dunia...2 watak (abu dan ali, bukan nama sebenar)

Abu:
Lawa gila awek kau tadi, untung la kau sebab dia seksi..
Ali:
Mestilah, aku kan hensem dan berduit. memang perempuan macam tu, aku je yang layak dapat.
Abu:
Kau jaga la awek kau baik-baik, susah nak dapat perempuan lawa macam dia.
Ali:
Baik betullah kau ni..Kaulah sahabat aku dunia akhirat. Aku ingat, nak ajak awek aku keluar la, tengok wayang. Boleh la aku 'ringan-ringan'.
Abu:
Wah, bagus tu. Apa salahnya ringan-ringan, barulah kau dapat tahu dia betul sayangkan kau atau tidak. Tapi, aku rasa, elok kau pergi waktu malam, baru best..
Ali: Ok, tak de masalah punye..
ABu:Apa kata, kita pergi main bola dulu
Ali:boleh gak, jom.
Abu:Apa kata kau main bola pakai boxer, baru mengancam.
Ali:Tak pe ke Abu
Abu: tak de hal punyela, kau anak orang berada, sapa nak sound kau
ALi: ye tak ye jugak, jom!

Di Akhirat...
Dipendekkan cerita, di akhirat Ali ditanya oleh Allah..

Mengapa kau keluar dengan perempuan yang bukan mahram..Apa lagi, Ali pun menyalahkan Abu..Dia cakap, Abu yang tak tegur dia..tak pasal-pasal Abu dapat balasan

Allah bertanya lagi, kenapa kau tidak menutup aurat..Macam biasa, Abu dipersalahkan lagi oleh Ali..Maka, Abu jugak mendapat balasan..

Jadi, dapat kita perhatikan bahawa perhubungan mereka berdua begitu berbeza di dua alam iaitu alam dunia dan alam akhirat..Juga kita perhatikan, ia benar-benar terjadi pada kita..kawan sebilik, setempat belajar, kawan diajak bermain Game, semuanya akan berubah sikap semasa di akhirat sekiranya kita tidak menegur perbuatan yang tidak elok mereka..

Di dunia, kawan kita pakai seluar yang tidak menutup aurat, kita masih lagi berjalan dengannya tanpa sedikit pun ada perasaan malu malah berbangga ramainya kawan..

Di dunia, kita biarkan saja tengok kawan kita sms, telefon dan keluar dengan perempuan yang bukan mahram..malahan,kadang kala, siap bagi pinjam kenderaan lagi agar kawan kita dapat berjumpa dengan teman wanitanya..

Memang dialah kawan baik kita, memang dialah tempat kita bertanya soalan, memang dialah tempat kita berkongsi masalah, memang dialah kawan yang selalu bagi rokok..kalau dilihat, memang indah persahabatan sebegini, tapi sebaliknya akan berlaku di akhirat..

semuanya yang saya cerita benar-benar terdapat di dalam al Quran, dalam surah Az-Zukhruf ayat yang ke 67 yang bermaksud :

Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan satu sama lain, kecuali mereka yang bertakwa..

Jadi, kembalilah kepada Islam secara keseluruhan..Wallahu'alam...

Friday, April 10, 2009

Sang Murabbi???


Senarai lengkap kabinet 2009
Apr 9, 09 12:03pm

kemaskini 4.34pm Berikut senarai lengkap barisan anggota kabinet Datuk Seri Najib Razak yang diumumkan selepas jam 3 petang di pejabatnya di Putrajaya.

Perdana menteri - Datuk Seri Najib Razak

Timbalan perdana menteri - Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Tan Sri Dr Koh Tsu Koon - perpaduan & pengurusan prestasi
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz - perundangan dan Parlimen
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop - Unit Perancang Ekonomi
Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom - hal ehwal Islam

Timbalan-timbalan menteri:

Datuk Liew Vui Keong
Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Datuk SK Devamany
Ahmad Maslan
T Murugiah

Menteri kewangan I
Datuk Seri Najib Razak

Menteri kewangan II
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Datuk Chor Chee Heung (timbalan)
Datuk Dr Awang Adek Hussin (timbalan)

Menteri pelajaran
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Datuk Dr Wee Ka Siong (timbalan)
Dr Mohd Puad Zarkashi (timbalan)

Menteri pengangkutan
Datuk Ong Tee Keat

Datuk Abdul Rahim Bakri (timbalan)
Datuk Robert Lau Hoi Chew (timbalan)

Menteri perusahaan, perladangan dan komoditi
Tan Sri Bernard Dompok
Datuk Hamzah Zainudin (timbalan)

Menteri dalam negeri
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Datuk Wira Abu Seman Yusop (timbalan)
Jelaing Mersat (timbalan)

Menteri penerangan, komunikasi, kesenian dan kebudayaan
Datuk Seri Dr Rais Yatim

Datuk Joseph Salang Gandum (timbalan)
Senator Heng Seai Kie (timbalan)

Menteri tenaga, teknologi hijau dan air
Datuk Peter Chin Fah Kui
Noriah Kasnon (timbalan)

Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah
Datuk Seri Shafie Apdal

Datuk Hassan Malek (timbalan)
Datuk Joseph Entulu Belaun (timbalan)

Menteri pengajian tinggi
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Datuk Dr Hou Kok Chung (timbalan)
Datuk Saifuddin Abdullah (timbalan)

Menteri perdagangan antarabangsa dan industri
Datuk Mustapa Mohamed

Datuk Mukhriz Mahathir (timbalan)
Datuk Jacob Dungau Sagan (timbalan)

Menteri sains, teknologi dan inovasi
Datuk Dr Maximus Ongkili
Fadillah Yusof (timbalan)

Menteri sumber asli dan alam sekitar
Datuk Douglas Uggah Embas
Tan Sri Joseph Kurup (timbalan)

Menteri pelancongan
Datuk Seri Dr Ng Yen Yen
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib (timbalan)

Menteri pertanian dan industri asas industri
Datuk Noh Omar

Datuk Johari Baharum (timbalan)
Datuk Rohani Abdul Karim (timbalan)

Menteri pertahanan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (timbalan)

Menteri kerja raya
Datuk Shaziman Abu Mansor
Datuk Yong Khoon Seng (timbalan)

Menteri kesihatan
Datuk Seri Liow Tiong Lai
Datuk Rosnah Rashid Shirlin (timbalan)

Menteri belia dan sukan
Datuk Ahmad Shabery Cheek

Datuk Razali Ibrahim (timbalan)
Wee Jeck Seng (timbalan)

Menteri sumber manusia
Datuk Dr S Subramaniam
Datuk Maznah Mazlan (timbalan)

Perdagangan dalam negeri dan hal-ehwal pengguna
Datuk Ismail Sabri Yaakob
Datuk Tan Lian Hoe (timbalan)

Menteri perumahan dan kerajaan tempatan
Datuk Kong Cho Ha
Datuk Lajim Ukin (timbalan)

Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat
Datuk Seri Sharizat Jalil
Datin Paduka Chew Mei Fun (timbalan)

Menteri luar
Datuk Anifah Aman

A Kohilan Pillay (timbalan)
Datuk Lee Chee Leong (timbalan)

Menteri wilayah persekutuan
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Datuk M Saravanan (timbalan)

Penyakit!!!

tahajud sembuhkan segala penyakit..solat sunat yang paling afdal adalah solat tahajud..peliharalah solat tahajud mu wahai saudaraku..waktu inilah(0230-0330) antara waktu mustajab untuk meminta pertolongan daripada Allah..

Friday, April 3, 2009

CCTV semulajadi


era ini, manusia amat takut untuk melakukan kejahatan sekiranya terdapat CCTV yang dipasang..mereka takut perbuatan mereka dirakamkan dan akan diketahui oleh orang ramai..
Namun....
segala amalan kita akan ditayangkan semula di akhirat...
tanpa kita sedari, segala anggota yang terdapat pada diri kita merupakan CCTV semulajadi yang Allah ciptakan..segala perbuatan kita di dunia akan diceritakan semula oleh anggota badan kita..
ketika itu, mulut akan dikunci..tiada peluang untuk mulut berdusta..