Sunday, April 12, 2009

BLaMe!!!

Kita perhatikan 2 keadaan iaitu semasa
di dunia
dan semasa di hari akhirat...
Di dunia...2 watak (abu dan ali, bukan nama sebenar)

Abu:
Lawa gila awek kau tadi, untung la kau sebab dia seksi..
Ali:
Mestilah, aku kan hensem dan berduit. memang perempuan macam tu, aku je yang layak dapat.
Abu:
Kau jaga la awek kau baik-baik, susah nak dapat perempuan lawa macam dia.
Ali:
Baik betullah kau ni..Kaulah sahabat aku dunia akhirat. Aku ingat, nak ajak awek aku keluar la, tengok wayang. Boleh la aku 'ringan-ringan'.
Abu:
Wah, bagus tu. Apa salahnya ringan-ringan, barulah kau dapat tahu dia betul sayangkan kau atau tidak. Tapi, aku rasa, elok kau pergi waktu malam, baru best..
Ali: Ok, tak de masalah punye..
ABu:Apa kata, kita pergi main bola dulu
Ali:boleh gak, jom.
Abu:Apa kata kau main bola pakai boxer, baru mengancam.
Ali:Tak pe ke Abu
Abu: tak de hal punyela, kau anak orang berada, sapa nak sound kau
ALi: ye tak ye jugak, jom!

Di Akhirat...
Dipendekkan cerita, di akhirat Ali ditanya oleh Allah..

Mengapa kau keluar dengan perempuan yang bukan mahram..Apa lagi, Ali pun menyalahkan Abu..Dia cakap, Abu yang tak tegur dia..tak pasal-pasal Abu dapat balasan

Allah bertanya lagi, kenapa kau tidak menutup aurat..Macam biasa, Abu dipersalahkan lagi oleh Ali..Maka, Abu jugak mendapat balasan..

Jadi, dapat kita perhatikan bahawa perhubungan mereka berdua begitu berbeza di dua alam iaitu alam dunia dan alam akhirat..Juga kita perhatikan, ia benar-benar terjadi pada kita..kawan sebilik, setempat belajar, kawan diajak bermain Game, semuanya akan berubah sikap semasa di akhirat sekiranya kita tidak menegur perbuatan yang tidak elok mereka..

Di dunia, kawan kita pakai seluar yang tidak menutup aurat, kita masih lagi berjalan dengannya tanpa sedikit pun ada perasaan malu malah berbangga ramainya kawan..

Di dunia, kita biarkan saja tengok kawan kita sms, telefon dan keluar dengan perempuan yang bukan mahram..malahan,kadang kala, siap bagi pinjam kenderaan lagi agar kawan kita dapat berjumpa dengan teman wanitanya..

Memang dialah kawan baik kita, memang dialah tempat kita bertanya soalan, memang dialah tempat kita berkongsi masalah, memang dialah kawan yang selalu bagi rokok..kalau dilihat, memang indah persahabatan sebegini, tapi sebaliknya akan berlaku di akhirat..

semuanya yang saya cerita benar-benar terdapat di dalam al Quran, dalam surah Az-Zukhruf ayat yang ke 67 yang bermaksud :

Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan satu sama lain, kecuali mereka yang bertakwa..

Jadi, kembalilah kepada Islam secara keseluruhan..Wallahu'alam...

No comments:

Post a Comment