Saya ingin mengerjakan solat witir berjemaah di masjid. Namun, saya berniat ingin bangun waktu malam. Bolehkah saya mengerjakan solat witir sekali lagi, sedangkan tidak ada dua witir pada satu malam, seperti hadith Rasulullah S.A.W?
Solat witir boleh dilaksanakan dari 1 sehingga 11 rakaat. Ia dilaksanakan selepas solat terawih di kebanyakan masjid untuk menutup tirai solat di waktu malam di dalam bulan Ramadan.
Oleh yang demikian, sekiranya seseorang itu telah menunaikan solat witir sebanyak 3 rakaat selepas terawih dan kemudian bangun di waktu malam menunaikan solat tahajjud, ia boleh menunaikan solat witir sebagai penambahan bagi 3 rakaat yang dilaksanakan selepas terawih.
Caranya adalah dengan hanya bersolat 2, 4, 6, atau 8 rakaat dengan niat “Sahaja aku dirikan 2 rakaat dari solat sunat witir kerana Allah ta’ala.” Dengan demikian, ia tidak dikira mendirikan 2 witir pada satu malam kerana Baginda Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Tidak ada dua witir pada satu malam.”

No comments:
Post a Comment