Thursday, September 24, 2009

Puasa 6 Syawal..

Apakah hukum puasa 6 hari dalam bulan Syawal ?

Hukumnya Sunat. Nabi saw memberi galakan menyusuli puasa Ramadhan
dengan puasa 6 hari dalam bulan Syawal. Abu Ayyub al-Ansori meriwayatkan:

Maksudnya: “Siapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikuti dengan (puasa) 6 hari dalam bulan Syawal, maka seoleh-olah dia berpuasa setahun penuh.”

(HR Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah)

Apakah disyaratkan puasa enam itu berturutan?
Persoalannya, apakah dituntut puasa 6 itu disambung terus dengan Ramadhan, dalam ertikata dimulakannya pada hari kedua hari raya, seperti yang dinytakan dalam lafaz (menyusuli Ramadhan), atau apakah memadai dilakukannya pada bila-bila dalam bulan Syawal, kerana hari-hari dalam bulan Syawal itu semuanya menyusuli/menuruti Ramadhan. Permasaalan ini para ulama berbeza pendapat, akan tetapi al-Qaradhawi lebih cenderung kepada pandangan yang kedua iaitu puasa 6 itu tidak semestinya dilaksanakan berturut-turut harinya. Jika ia dipisah-pisahkan tidak mengapa, insyaallah.

Apakah boleh kita puasa qadha' dan puasa sunat syawal serantak?

“Tiada dalil gabungkan puasa sunat Syawal dan Qadha dalam satu niat”
Difahamkan supaya niat qadha puasa dibulan Syawal adalah seperti berikut
"Sahaja aku puasa qadha di bulan Syawal kerana Allah Taala" dan tidak boleh digabungkan dengan niat puasa 6 kerana menqadhakan puasa itu wajib dan puasa 6 itu sunat. Patut didahului yang wajib sebelum melakukan yg sunat. Sekiranya kita tidak sempat mengganti puasa Ramadhan, kita berhutang dengan Allah S.W.T


Friday, September 18, 2009

Erti Hari Raya AidilFitri

Ada yang memahami Aidil Fitri dengan banyaknya makanan enak, baju baru, duit raya, saat-saat untuk pulang kampung dan lain-lain. Merayakan lebaran sebenarnya tidak harus menyiapkan makanan yang enak-enak, beli baju baru, memberikan duit raya, dan sebagainya tapi sebaliknya, kita harus memahami erti Aidil Fitri sesuai dgn ajaran Nabi Muhammad SAW, yaitu dengan melaksanakan beberapa amalan yang disunahkan, diantaranya:

PERTAMA: Menghidupkan malam Aidil Fitri dengan memperbanyakkan beribadah, baik zikir, solat atau membaca al-Qur'an. Yang biasa dilakukan oleh masyarakat adalah melaungkan kalimat takbir juga merupakan ibadah yang dianjurkan pada malam Aidill Fitri.


KEDUA: Mandi dan menggunakan wangian, memakai pakaian yang terbaik, memotong kuku yang panjang.

KETIGA: Bagi makmum solat Idul Fitri disunnahkan agar datang ke masjid dengan b'jalan kaki & berangkat awal pagi setelah solat Subuh & pulang pada jalan yg berbeza agar dapat menemui banyak orang dan dapat meminta maaf pada orang yang kita temui.


KEEMPAT: Disunnahkan makan. Pada zaman nabi memakan kurma dengan bilangan ganjil sebelum berangkat solat Aidil Fitri. Ini memberi tanda bahawa saat itu sudah tidak lagi diwajibkan menjalankan puasa, haram hukumnya berpuasa pada 1 Syawal.

KELIMA: Bertakbir selama perjalnan menuju tmpt solat dimulai dari keluar rumah sehingga waktu solat selesai.

KEENAM: Melaksanakan solat Aidil Fitri. Waktu melaksanakan Solat adalah setelah matahari terbit setinggi tombak sehingga waktu tengah hari & hukumnya sunnah muakkad. Masjid merupakan tempat yang lebih mulia untuk melaksanakan solat dibanding tempat apapun, kecuali bila masjid sempit sehingga tak dapat menempung bilanagn jamaah yang hadir, maka disunnahkan di lapangan.

KETUJUH: Dosa kepada Allah telah ditebus dengan ibadah dan taubat selama bulan ramadhan, kini saatnya saling memohon maaf antara satu sama lain.

KELAPAN: Pada hari Aidil Fitri ini juga saatnya mempereratkan silaturrahim yang sudah terjalin & menyambung silaturrahim yang terputus. Saling mgunjungi saudara & sahabat merupakan cara untuk meningkatkan silaturrahim tersebut. Mungkin di luar waktu hari raya kita enggan berkunjung ke rumah rakan atau sahabat kita kerana tak ada alasan yang tepat, maka di hari Aidil Fitri ini kita manfaatkan untuk saling berkunjung.

KESEMBILAN: Menunjukkan rasa gembira & bahagia kepad asemua orang yang ditemui serta bersikap dermawan lebih dari hari-hari biasa. Dan masih banyak ibadah sunnah yang dapat dikerjakn lainnya.



Monday, September 14, 2009

MeNGaPa CiNTaKaN DuNiA...

Bekunya air mata kerana kerasnya hati,

Kerasnya hati kerana panjangnya angan-angan,

Panjangnya angan-angan kerana banyaknya dosa,

Banyaknya dosa kerana cintakan dunia...

(Cintakan dunia yang melebihi cintakan Allah SWT & Rasul-Nya)

Saturday, September 12, 2009

Saudara Seislamku...

Kehidupan di akhirat adalah sesuatu yang pasti. Apakah kita telah bersedia menghadapinya. Ketika saat itu berlaku, tiada pertolongan selain pertolongan Allah. Mahu mendapat pertolongan Allah, apa yang telah kita lakukan di dunia bagi membantu Agama Allah. Sepanjang kita hidup, tak sedar setiap saat mendustai nikmat Allah sedangkan DIA telah berulangkali memberi peringatan kepada kita di dalam surah Ar-Rahmaan.

Mengapa ketika kita melakukan maksiat, tidak terlintas sedikit pun kita akan mati ketika itu. Mengapa terlalu gembira dengan keseronakan yang sementara tetapi mendapat penderitaan yang panjang.

Ketika membuat maksiat, pernafasan adalah sesuatu yang pasti diperlukan kerana yang hidup sahaja yang masih memerlukan udara untuk bernafas. Sedarkah kita, dari manakah udara itu datang. Bukankah udara itu daripada Allah s.w.t. Tidak malukah kita menggunakan nikmat yang Allah beri, ke arah kemaksiatan yang mana Allah tidak pernah pun meminta bayaran daripada kita di atas segala nikmat yang diberikanNya.

Bayangkan jika kita mati dalam keadaan kita sedang berzina, berlumba motor, mengumpat, memakan yang haram, berjudi dan segala bentuk kemaksiatan. Bagaimanakah dengan kehidupan kita di akhirat kelak.
Api neraka yang pada mulanya berwarna merah, di bakar oleh Allah selama 1000 tahun sehingga bertukar kepada warna putih. Api yang warna putih itu pula, Allah bakar selama 1000 tahun sehingga bertukar kepada warna hitam. Api di dunia ini adalah dari neraka yang dibasuh dengan 7 air rahmat. Api ini pun kita dah menggelupor bila terkena sedikit. Masya Allah, bagaimana dengan azab api neraka.

Tidak takutkah kita dimasukkan ke dalam api neraka yang mana kita akan terus menerus merasa sakit. Di dunia, kesakitan terkena api akan berakhir apabila sel kulit telah mati tetapi di dalam neraka, kita akan terus menerus merasa sakit kerana Allah yang Maha Bijaksana akan menggantikan kita dengan kulit yang baru apabila sel kulit kita telah mati.

Wahai saudara seislamku. Jagalah akhlakmu dari segi pakaianmu, pertuturanmu, perbuatanmu dan segala yang berkaitan dengan masalah umat zaman sekarang. Peliharalah auratmu dengan sempurna kerana tidak berkat solat yang kita lakukan selagi aurat kia terdedah kepada orang yang bukan mahram. Jadi, tidak hairanlah jika kita lihat, orang yang solat pun melakukan kemungkaran. Jauhilah segala perbuatan zina mata, hati, tangan, kaki, telinga dan segala perbuatan yang mendatangkan kemurkaan Alllah kepada kita.

Ingatlah wahai saudara seislamku, selepas kehidupan dunia, kita akan merasai alam barzakh yang mana tempoh kita berada di alam tersebut sehingga kiamat berlaku. Cuba kita bayangkan, selepas kita mati, perpuluh ribu tahun lagi, baru kiamat berlaku dan sepanjang tempoh itu, kita diseksa di alam barzakh. Jadi, sudahkah kita bersedia dengan kehidupan alam barzakh. Mengapa kita mengejar dunia sedangkan seperti yang disabdakan oleh Rasulullah, umur kita mungkin cuma mencapai 63 tahun. Maka, adalah lebih baik kita persiapkan diri bagi menghadapi kehidupan di alam barzakh yang lebih panjang daripada dunia.

Monday, September 7, 2009

kafarah puasa

Jika suami & isteri bersama (jimak) disiang hari pada bulan ramadhan, berapa hari kah mereka wajib mengganti puasa

Kifarat puasa terdiri dari 3 bentuk sebagaimana di dalam hadith Bukhari

a. memerdekakan hamba
b. Jika tidak mampu, puasa 2 bulan berturut-turut
c. Jika tidak mampu, beri makan kepada 60 orang miskin

Menurut Imam Ahmad, perkara diatas ini berbentuk pilihan. Pilih salah satu darinya sudah mencukupi.

Persoalannya sekarang, adakah kedua-dua suami isteri (didalam pilihan berpuasa 2 bulan) dikenakan kifarat? Menurut jumhur, kedua-dua suami istei di wajibkan berpuasa 2 bulan berturut-turut jika kedua-dua redha. Jika isterinya tidak redha, dan di paksa oleh suami, maka hanya si-suami saya yang wajib berpuasa. Isteri hanya membayar 1 hari qadha’.

Walaubagaimanapun, Imam Nawawi rh. berpendapat bahawa pendapat yang dipilih adalah hanya suami/lelaki sahaja yang berpuasa 2 bulan berturut-turut, dan perempuan tidak dibebankan keatasnya. Beliau mengaitkan perkara ini dengan hak nafkah, iaitu khusus bagi lelaki sebagaimana mahar juga. Pendapat ini juga disokong oleh Imam Ahmad. [

al-Mughni, 3/112].

Kesimpulannya, menurut Imam Syafie, hanya si-suami yang wajib berpuasa 2 bulan berturut-turut, dan si-isteri hanya wajib mengqadha’ satu hari sahaja. Jika tidak mampu melakukan puasa, berilah makan kepada 60 orang miskin. WA.

Rujukan : al-Qaradhawi. Fiqh al-Shiyam. Darul Wafa’, 1998.