Thursday, September 24, 2009

Puasa 6 Syawal..

Apakah hukum puasa 6 hari dalam bulan Syawal ?

Hukumnya Sunat. Nabi saw memberi galakan menyusuli puasa Ramadhan
dengan puasa 6 hari dalam bulan Syawal. Abu Ayyub al-Ansori meriwayatkan:

Maksudnya: “Siapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikuti dengan (puasa) 6 hari dalam bulan Syawal, maka seoleh-olah dia berpuasa setahun penuh.”

(HR Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah)

Apakah disyaratkan puasa enam itu berturutan?
Persoalannya, apakah dituntut puasa 6 itu disambung terus dengan Ramadhan, dalam ertikata dimulakannya pada hari kedua hari raya, seperti yang dinytakan dalam lafaz (menyusuli Ramadhan), atau apakah memadai dilakukannya pada bila-bila dalam bulan Syawal, kerana hari-hari dalam bulan Syawal itu semuanya menyusuli/menuruti Ramadhan. Permasaalan ini para ulama berbeza pendapat, akan tetapi al-Qaradhawi lebih cenderung kepada pandangan yang kedua iaitu puasa 6 itu tidak semestinya dilaksanakan berturut-turut harinya. Jika ia dipisah-pisahkan tidak mengapa, insyaallah.

Apakah boleh kita puasa qadha' dan puasa sunat syawal serantak?

“Tiada dalil gabungkan puasa sunat Syawal dan Qadha dalam satu niat”
Difahamkan supaya niat qadha puasa dibulan Syawal adalah seperti berikut
"Sahaja aku puasa qadha di bulan Syawal kerana Allah Taala" dan tidak boleh digabungkan dengan niat puasa 6 kerana menqadhakan puasa itu wajib dan puasa 6 itu sunat. Patut didahului yang wajib sebelum melakukan yg sunat. Sekiranya kita tidak sempat mengganti puasa Ramadhan, kita berhutang dengan Allah S.W.T


No comments:

Post a Comment